21 July, 2010

malam ini

malam ini
aku masih berjaga keseorangan
ku lihat bawah
ku lihat tepi
kiri dan kanan
semuanya sedang lena diulit mimpi
ku tertanya
sedang bermimpi apakah mereka?
adakah mimpi mereka akan menjadi kenyataan?
aku tak mampu menjawab persoalan yang ku cipta sendiri

jari jemari masih kaku menaip
memikirkan bait-bait ayat seterusnya

sejenak ku membuka jendela
melihat kekuasan tuhan yang esa
ku memerhatikan suasana alam awal pagi
terlampau sunyi

mampukah aku memecah keheningan malam ini?
mungkin ya
mungkin tidak

biarkan mereka tidur
menikmati alam mimpi
indah atau ngeri
manis atau pahit
biar mereka nikmati
kerna mimpi tak semesti jadi kenyataan
dan kenyataan tak semestinya itu mimpi
tempuhilah

19 July, 2010

EGO

orang cakap aku ego
betul
aku seorang yang ego
tapi egokah aku
jika aku sendir yang mengaku aku ego?

aku cinta padamu
tapi tidak mampu memilikimu
itukah yang dikatakan ego?

aku sayang padamu
tapi tidak mampu membahagiakanmu
itukah dipanggil ego?

aku suka kau
tapi aku tahu kau tidak suka padaku
adakah kata-kata itu dikatakan ego?

egokah aku?
ingin melihat kau bahagia dengan orang lain
sedangkan aku terkulai tanpa ada apa-apa

aku ingin mencintaimu
tapi aku takut cinta aku melampaui batas cintaku terhadap tuhan yang maha esa
itu jugakah yang dipanggil ego?

jika aku ego
setinggi mana ego aku
setinggi itu jualah kasihku padamu

03 July, 2010

permulaan

yup.
permulaan..
aku sendiri takut pada "permulaan"
kerana..
setiap permulaan ada akhirnya
yes
aku takut pada pengakhiran sebenarnya
bukan pada permulaan

tapi
permulaan yang buruk mungkin berakhir dengan baik

bagi aku
never ending lebih baik dari happy ending

aku ingin kecapi hidup ini selamanya jika boleh
tidak kira apa pun ranjaunya

kesimpulanya disini
sebenarnya
inilah permulaan bloging aku
hehehe