27 July, 2012

Conteng Dinding

Aku seperti banduan
yang punya strategi terbaik
untuk melepaskan diri

Tapi dawai pagar itu
berfikir seribu kali
untuk culik diri sendiri

Sayang
Rakan sepenjara aku sepuluh kali ganda
lebih padu dari aku

Semalam keluar cerita di koran
Popular rakanku itu
seantero negeri

Aku conteng diniding
Tanda protes

17 July, 2012

Aku. Buntu

Manis
Wanita bermata empat itu
Tapi siapa mamat sebelah si manis itu?
Balak? Kawan? Skendal? Abang angkat?

Ooo..
Akulah mamat tersebut
Bertuah diri
Tapi apa?
Balak? Kawan? Skendal? Abang angkat?
Entah
Buntu

Seekor Siapa?

Banyak bunyi
Binatang apa yang membebel itu?
Si mulut murai?
Itu bukan binatang
Itu kanibal
Punai?
Itu binatang
Binatang yang buas setiap pagi
Mangsanya juga binatang
Siapa binatang sebenarnya?
Oh...
Si jalang rupanya
Salah seekor mangsa punai bohjan.

27 May, 2012

Gadis Koma

Wahai gadis
cepatlah kamu siuman
aku menanti sebelah mu
koma kamu
buat aku hilang sabar

Sudah aku bilang
jaga kesihatan mu
jaga perilaku mu

Jangan menangis gadis
aku tak berang
aku cuma
hampir hilang sabar

Aku tetap menanti mu
gadis koma

24 May, 2012

Ilmu Dari Sahabat

"Dunia bakal kiamat"
Aku tersentak
bukan kerana dunia nak kiamat
kerana ayat itu terpacul dari mulut perokok tegar
dia memberi aku satu ilmu
malam itu juga aku menuntut

Benar
Dunia bakal kiamat