27 May, 2012

Gadis Koma

Wahai gadis
cepatlah kamu siuman
aku menanti sebelah mu
koma kamu
buat aku hilang sabar

Sudah aku bilang
jaga kesihatan mu
jaga perilaku mu

Jangan menangis gadis
aku tak berang
aku cuma
hampir hilang sabar

Aku tetap menanti mu
gadis koma

24 May, 2012

Ilmu Dari Sahabat

"Dunia bakal kiamat"
Aku tersentak
bukan kerana dunia nak kiamat
kerana ayat itu terpacul dari mulut perokok tegar
dia memberi aku satu ilmu
malam itu juga aku menuntut

Benar
Dunia bakal kiamat