22 December, 2013

Jika dugaan yang Kau dan dia beri pada ku ini mampu mengeratkan hubungan kami. Aku terima, Ya Allah.

16 December, 2013

Dari matanya yang memandang aku
Terlihat jelas susuk jejaka
Yang amat mencintai dia

11 December, 2013

Pilihanraya Sebenar.

Mana kau pilih?
Mati panjat pagar
Atau
Mati salah jilat bontot?

Tonton Masa.

Hilang dalam hujan
Tak semestinya embun
Hilang dalam terik
Tak semestinya becak

Mungkin yang hilang itu
Adalah secebis kisah lalu
Kerana di birai tingkap
Termangu aku memikirkannya

Aku ingin kau
Endah saja gaduh kecil kita

Di birai tingkap ini juga
Aku saksi pelangi
Saat sedang memikirkan
Masa depan kita

29 November, 2013

Hadiah

Mandi basah kerana gayung

Makan kenyang kerana pinggan

Tidur lena kerana bantal


Gayung, pinggan, bantal

Kombinasi yang baik

Untuk aku hadiahkan pada kau


Kerana aku tahu


Mandi kau sedang tak basah

Makan kau sedang tak kenyang

Tidur kau sedang tak lena


Sebab kau rindukan aku

Aku tahu

Kerana aku juga begitu

18 November, 2013

Rendah

Semakin aku menyelam
Semakin lemas dibuatnya

Bukan aku sengaja ingin tahu
Siapa bekas kekasih mu

Sifat ingin tahu dan remaja seperti aku
Berpisah tiada

Semakin aku tahu mereka
Semakin kurang seinci jasad ini

Berapa orang bekas kekasihmu?
Dan cuba bilang
Berapa inci aku hilang?

Terima kasih, sayang
Kau buat aku kuat
Sekurang-kurangnya
Itu mendorong aku
Agar tidak berdiri sebaris dengan mereka.

14 November, 2013

Mainan Tidur

Mainan tidur
Jika dia permainkan aku
Sampai tahap
Aku boleh berbual mesra dengan ayah ku
Aku putuskan
Mimpi bukan lagi sandaran aku
Mimpi bukan lagi kepercayaan karut aku

02 November, 2013

Azab Dunia

Jangan seksa hati ini, sayang
Kerana
Azab neraka sentiasa terbuka luas
Untuk aku

28 October, 2013

Sungai Kanching

Di rumah tak berdinding
Kau dan aku berteduh
Dari langit yang meraung panjang

Kita mengerat jari jemari
Aku dapat rasakan
Kau sedang mengunci rapi tanganku
Aku rasa selamat

Air deras yang menghempas batu
Kabus hutan menyorokkan anak sungai
Pokok-pokok yang tabah
Rama-rama berehat dari bermain
Semua itu kita perhati

Perbualan kita tidak ada yang serius
Mungkin ada sepotong dua ayat
Kata cinta aku luah
Ketika mata aku sedang menjamu selera
memandang lesu indah wajah kau

Sedang melangkah pergi dari rumah itu
Aku bermonolog
"Akan aku pastikan perkara ini berlaku lagi
Tapi di rumah berdinding"

15 October, 2013

Pokok

Angin menderu laju memukul pokok
Masih kukuh berdiri
Lalu hujan turun deras
Basah
Nampak indah dikala subuh menjengah
Masih basah
Kering ditelan api perkasa
Tetap indah
Gugurnya daun tak sederas hujan semalam
Angin tetap memukul

10 October, 2013

Sengaja

Sengaja aku biarkan tasik kering
Agar air mata ini
Ada tempat yang sepatutnya aku jatuhkan

Sengaja aku biarkan rumput berlalang
Agar aku bisa bermalasan di situ
Mimpi tentang kita
Yang indah

06 October, 2013

Jejak di Sahara

Saat bulan di riba
Aku pasti
Takkan terbang tinggi si pungguk

Bumi pasti terbelah dua
Tapi hati ku masih sama

Aku ingin bisu purnama ini
Untuk memastikan
Kata-kata ku bukan cela selepas ini

Bagi aku sahara
Membina jejak ku
Agar aku sedar
Hidup tanpamu
Umpama nesan tak bernama

05 October, 2013

Konkrit

Sebagai lelaki
Aku harus bagi penumbuk pada konkrit
Tapi aku memilih
Jatuhkan ego ku
Menangis
Konkrit jadi saksi

Kuat

Kini
Air mata juga yang berharga
Yang bisa membuat aku kuat

Bukit

Aku lari mengejar bukit
Mencari nahas meredah hutan liar
Unggun api aku nyala
Membiarkan kulit  dicubit
Agar dingin malam tak menjamah jasad ku
Di akar lanjut usia aku duduk
Memikir
Apa, bukit itu perlu aku kejar lagi?
Aku terlena
Surya di celahan teduhan daun
Memukul aku
Lalu tersedar
Bukit itu
Hilang ditelan kabus pagi
Aku berjalan
Mengikut jejak tapak malam semalam
Tak lagi kejar  bukit

Di beranda usang
Bukit masih di garisan ufuk
Kerja gila semalam aku buat lagi
Tahan lena
Aku terus mengejar

Aku di puncak bukit
Yang tenang dan tak berganjak

Di beranda usang
Aku pasti
Bukit tetap di situ
Rumah aku juga akan di situ

02 October, 2013

Pemandu

Ke dunia
Bogel
Bersih
Suci

Kejar dunia
Racun bunga
Tonton katil goyang
Makan spesis sendiri
Minum jus tak ada gula
Hisap sayur
Banyak muka
Jilat punggung

Cari dunia
Untuk ke dunia lain

Pemandu
Tak jumpa





28 September, 2013

Nak Beli Kereta

Ahmad bukan nama sebenar. Sedang asyik menilik kereta-kereta separa power itu di pameran kereta. Dia kelihatan membelek pamplet sambil mulut terkumat kamit. Jari-jarinya juga ligat mengira.

Beberapa minit sebelum kejadian di pameran kereta. Ahmad sedang mengisi borang. Kepala tajuk borang tu, BORANG PENDAFTARAN PERNIAGAAN. Ahmad mengisi butiran di borang itu sambil tersenyum kambing.

Kembali semula. Ahmad begitu tekun melihat interior desigin (power jugek aku speaking ni) kereta tersebut. Bertanya-tanya pada promoter di situ.

Di hujung perbualan, promoter bertanya, "So, bagaimana encik? Jadi angkat?" Ahmad senyum kambing sambil menghulurkan kad bisnesnya yang baru berapa jam dia dapat setelah membuat tempahan. "Ini bisnes kad saya. Saya jual powerbank online. Baru dua hari start. Kalau nak, bukak lah fb saya. Ada kat kad tu username saya. Emm, saya amek kereta ni. Bila bisnes saya dah maju nanti. Okay?" Brader promoter monolog dalam hati, "Cilake. Perangai macam Pak Pandir"


25 September, 2013

Tangan Kosong

Tangan kosong
Bukan meminta barang bertuan
Tiada apa yang layak diberi
Apatah lagi memberi

Takut sendiri tanpa bayangnya
Lemah pada yang jauh
Sakit pada yang di hujung jari

Aku cuba hirup kopi tanpa gula
Dua teguk sudah cukup terseksa

Aku akan duduk di hujung katil
Lihat lukisan moden
Sambil berharap kata-kataku
Bisa didengari

Selama itu
Aku mengucap kata-kata
Selama itu aku cuba berpujangga
Dan berharap
Tangan ini tidak lagi kosong.

23 September, 2013

Tayar


Hidup yang semacam roda
Penat bergolek
Entah berhenti di atas atau bawah
Siapa mahu pandu

Bergolek ke sampah
Bergolek ke pantai
Tetap kotor

Tapi perit lagi di bawah
Yang gagah menampung atas
Yang berani terus bergolek
Untuk berada di atas
Di destinasi yang betul

08 September, 2013

Harapan dalam Berharap

Sedang aku bersugi
Di luar tingkap aku lihat mendung
Mendung yang berselerak
Ada surya pagi yang menjengah
Di sebalik awan itu

Sedang aku berdiri santai
Di pantai hapak
Aku lihat pasir putih
Saat jingga datang menyuluh
pasir itu menjadi emas

Harapan sentiasa ada
Dalam putus harap
Ada sedikit harapan



07 September, 2013

Lama Ku Tahan Jebat

Air seni yang ditahan lama
Boleh kena batu karang

Dua posen
Dah pun selamat dihulur
Pada penjaga yang sedang kusyuk
Mengira receh

Ahhh
Aku lega

Aku buka henpon
Minyak naik rege

Cilake

05 September, 2013

Sejak Dua Menjak

Sejak dua menjak ini
Aku sering rasa mahu marah
Marah yang tak kena tempat

Pergi pasar, orang jalan lembab
Pergi beli rokok, depan aku bayar lambat
Pergi makan, makan lambat sampai

Aku buat panggilan, lambat jawab
Aku tunggu adik balik sekolah, lambat keluar pagar
Aku bawak motor, kereta tak bagi signal

Semua tu sebenarnya pada aku
Biasa

Tapi sejak dua menjak ini
Perkara-perkara tersebut buat aku takat didih
Aku tak tahu mengapa

Tapi
Aku marah dalam hati

Aku masih bukan seorang pemarah, bukan?

20 August, 2013

Bahagiakan

Saya nak bahagiakan awak hari-hari
Tapi bila awak nampak tak bahagia
Saya jadi tak pandai nak bahagiakan awak
Takut pula saya kalau awak jumpa
Dengan orang bijak pandai bahagiakan awak
Setiap masa

Tak apa rasanya
Macam orang ramai cakap dalam tv tu
"Asal awak bahagia, sudah cukup bahagia bagi saya"
Bullshit

14 August, 2013

Salam Aidilfitri, Dunia

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dah raya ke lima pun

Tak ada ucapan raya
Tapi bacalah lirik lagu raya ni
Salah satu lagu raya yang sering menjadi siulan aku bila tiba raya.
Salam Dunia dari M. Nasir



Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu
Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti

Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan

02 August, 2013

Kuasa Sakti

Hari ku tak kelam lagi
Kehadirannya yang keras itu
Meruntun jiwa ini
Sakti benar kuasa ini

Kata-kata kasar yang diselerakkan
Aku tidak peduli
Ada secebis kutub di hatinya

Aku terpesona
Sakti benar kuasa ini
Aku tidur lewat malam
Hanya membaca diarinya


01 August, 2013

Terima Kasih

Aku tatap wajah kau
Tika kau leka dalam segala hal
Bila kau perasan
Aku alih pandangan
Kau bertanya
Aku diam

Terima kasih
Membenarkan aku menikmati
Indah
Wajah dan suara kau

29 July, 2013

Saya Akan Rasa

Sayang
Walaupun saya tak kacak
Saya akan rasa
Sayalah penyebab
Aaron Aziz beli banyak cermin
Bila awak cakap
Awak sayang saya

Sayang
Walaupun saya tak manis
Saya akan rasa
Sayalah penyebab
Semua orang potong kaki
Bila awak cakap
Awak cinta saya

27 July, 2013

Entah

Satu perasaan
Yang kau tak payah ambil kisah
Sebab dia lebih suka pendam sendiri
Dan membiarkan fikirannya
Merewang sendiri

Tapi perasaan itu membunuh
Diri sendiri
Sebab kau sebenarnya
Kisah dan sangat ingin tahu
Apa yang dia pendam
Apa yang dia fikir

Lagi menusuk
Bila kau tahu dia "ada apa apa"
Tapi dia bilang
"Tak ada apa apa"

Ada dua persoalan
Mungkin kau bukan siapa pun
Atau
Mungkin kau yang merewang dalam fikiran dia
Itu sangat sakit


P/S: Kau sangat cintakan dia.

26 July, 2013

Awak Hutang Saya

Hari -hari saya minta
Awak cium saya
Setiap masa saya minta
Setiap hujung perbualan kita, saya minta

Jawapan yang awak beri
Mesti sama
Tak berganjak

Walaupun saya dah tahu
Tapi saya masih minta

Sebenarnya
Awak hutang saya banyak
Kalau ada jodoh
Lunaskan ya.

;)

14 July, 2013

Syair Barai Yang Bertajuk Perempuan Sakai

Pagi yang dingin ini
Dingin yang datang dari malam tadi
Ingin aku sembang sambil maki
Perihal wanita tak sedar diri

Setiap hari mengadu domba
Dikatakan diri tak laku dan tak guna
Apa dia kata semua benar belaka
Dia cakap semua tu supaya
Semua orang pandang dia

Dia sembang dia paling cantik
Dia tak tahu nenek aku lagi menarik
Konon kata cari laki dia dah serik
Tapi sibuk taja cerita diri tu tak laku. Pelik
Sembang macam taik

Dia bercerita laki sana sini cuba dia
Konon hot nak mampus la tu. Bana.
Kau boleh pergi jahanam sama kau punya hot
Perangai lu serupa itu hantu jenglot

Dia mesti terasa kalau baca tulisan ni
Mesti cakap aku gelabah nak mati
Eh. Pergi mampus.
Aku bukan lawak kampus
Aku intelek tipikal Melayu yang takkan tandus.

13 July, 2013

Mahu Kau

Bila kita memang saling menyayangi
Percayalah
Setiap hari aku cuba memikat kau
Sebab
Hari-hari, apa yang aku mahu
Hanya kau.

12 July, 2013

Bukan Sembang Manis

Kali ini, aku nak bercerita.

Ada dua benda yang manusia tak pernah cukup.
Dua benda tu; puas dan sempurna.
Manusia tak pernah rasa cukup puas.
Manusia tak ada yang cukup sempurna.
Dua-dua benda ni berkaitan.
Manusia tak pernah rasa puas bila rasa diri tu tak sempurna.
Manusia akan acah-acah sempurna bila ada yang tak puas hati pada mereka.
Itulah baru manusia sejati.

Ini cerita lain pula.

Aku ada rakan sekerja. Dia juga rakan lepak aku.
Dia selalu "ngorat" makwe kedai sebelah.
Lupa nak bagitahu. Aku kerja kedai baju.
Sambung balik.
Rakan aku ni bilang, suka tengok muka makwe tu.
Walaupun sebenarnya rakan aku ni dah ada makwe.
Dia selalu tegur makwe sebelah kedai tu.
Nasib baik makwe tu jenis melayan.
Dipendekkan cerita, makwe tu sebenarnya suka ke aku.
Hahaha
Ni apa yang rakan sekerja aku bilang ke aku la.
Aku ni jenis diam je. Tak campur orang.
Sangkut tang mana pun aku tak tahu.

Bukan nak sembang manislah.
Terus terang aku cakap, sejak aku ada cinta hati ni, aku mana pandang makwe lain
Bukan soal setia.
Tapi, aku sebenarnya sangat rindukan makwe aku.
Aku lagi rela membayangkan makwe aku ada kat sisi daripada usha-usha makwe lain.
Di sini aku nak cerita sebenarnya,
Gua terlalu rindukan makwe gua!

Dunia Kita

Dunia ni tak cukup besar
Jika aku bagi pada kau
Tapi dunia ni cukup besar
Kalau kita sama-sama
Mendirikan rumahtangga

Sambut

Ini kali ke dua-puluh-dua
Aku sambut Ramadhan

Semoga kali ini
Ramadhan benar benar aku sambut

14 June, 2013

Tak Serik ke?

Satu satu satu
Selalu begitu
Tak pernah menjadi

Dua dua dua
Tak pernah bersatu
Begitu jua

Tiga tiga tiga
Suka muncul tiba-tiba
Mengganggu betul

Empat lima enam
Masih begitu
Tak pernah ngam

Tujuh lapan sembilan
Lagi mencuba
Tak pernah serik pun

Sepuluh
Ini terakhir
Kalau masih begitu
Aku nak buang sial

08 June, 2013

Alhamdulillah

Tidak peduli aku
Kalau kalau tulisan ini
Tidak diambil pusing
Oleh siapa pun

Aku hanya ingin
Memanjat rasa kesyukuran
Yang tidak terhingga
Pada-Mu

30 May, 2013

Buku Latihan

Barang yang lepas itu
Pengajaran
Sekarang pun
Masih belajar

Aku takut
Akan datang
Aku hanya mangsa
Mangsa pembelajaran kau

Yelah
Aku bukan buku latihan
Yang tak punya jawapan sebenar
Di helaian belakang

31 January, 2013

Aku Nampak Aku

Lihat cermin

Punya sepasang mata
Yang bisa mengaku cela sendiri

Punya sebentuk hidung
Yang bisa menghidu najis sendiri

Punya dua lapis bibir
Yang bisa memuji diri sendiri

Punya telinga yang secocok
Yang bisa mendengar kalimah suci

Punya sebatang leher
Yang bisa menjengah teladan manusiawi

Sempurna

Tak perlu ubah apa-apa
Hanya gaya rambut

28 January, 2013

Cakar Ayam

Harapan aku
Cakar ayam ini
Bisa dibaca jelas
Oleh ayam-ayam
Yang menanti dinihari
Yang mengais setiap masa
Yang riuh sekampung

18 January, 2013

Kerana Sujud

Gazebo usang
Di hujung padang hijau
Terdapat lipatan sejadah
Di dalamnya
Aku merenung tajam

Hujan turun lebat
Dengan izin-Nya
Aku berteduh
Di gazebo usang itu

Aku sujud

Aku termenung
Lagi
Berfikir

Adakah aku bermunajat kerana hujan semata?

Aku takut jadi tua
Juga takut tak sempat tua

17 January, 2013

Mereka dan Kita

Mereka punya alasan
Kita cipta alasan
Mereka akan terima balasan
Kita menunggu balasan
Mereka menyambut setan
Kita ikut telunjuk setan

Mereka membunuh
Kita pembunuh

Apa beza mereka dengan kita?

Mereka lahanat
Kita melihat


Beza atas nama perjuangan dan agama