27 November, 2015

Nak Jadi Tuhan

Apa orang mahu, kau mahu
Apa orang ada, kau kena ada
Semua orang kau nak tiru
Sampai Tuhan pun kau nak jadi juga.











27 October, 2015

Selimut Kelam

Pekat malam hujan
Bercakaran pohon dahan
Angkara bedilan taufan.

Aku sejuk
Kurang lena menahan batuk
Tingkap diketuk-ketuk
Oleh titis hujan yang sering menumbuk.

Aku dingin
Kulit ku disapa kecilnya angin
Bulan tidak kelihatan
Malam ini tampak gagahnya awan

Seperti kelamnya hati ini
Tanpa selimut di sisi.

23 October, 2015

Menebar Cela

Mencela diri sendiri
Itu resmi manusia yang tak bisa berdiri
Aku sedang mencela diri
Bukan kerana tak bisa berdiri
Tapi
Aku sudah tidak punya kaki.

Kaki aku dimamah anai anai kelakian
Anai anai yang lahir dari tangan pendosa yang bersendirian.

Mencela terus
Lantas diri tidak terurus

Satu saat aku sadar
Apa guna aku terus menebar?
Menambah dosa yang sedia ada tanpa sedar?

Lalu aku meminta ampun pada orang tua
Kerana diri ini yang aku cela selama ini
Lahir dari cinta dua hati
Tercipta dan dicipta untuk yang satu
Tuhan-ku.


Langit Rindu

Dalamnya rindu
Seperti pantai rindukan badai di musim tengkujuh
Peritnya rindu
Seperti tali biola yang dahaga digesek
Melahirkan melodi rambang indah

Kalau ku mampu tahan rindu ini
Tak pula ku mampu mengarang bait ini

Dia yang aku rindu
Mungkin sedang mengait kesedihan
Mungkin sedang menganyam kenangan
Mungkin sedang menenun kasih
Tika ini

Aku muflis tindakan
Tak terdaya nak bikin apa apa
Selain merindu dia yang sedang dalam dakapan kesedihan

Kenangan demi kenangan datang segerombolan
Menerjah langit rindu ku

Semoga dia di sana baik baik saja
Dan aku di sini bermunajat
Agar rindu ini sampai dalam lena dan doanya.

26 January, 2015

Tahun Kambing Kedua

24 tahun yang lalu
Putih suci

18 tahun yang lalu
Baru kenal huruf

17 tahun yang lalu
Dah pandai berkawan

11 tahun yang lalu
Baru tahu picit jerawat

6 tahun yang lalu
Dah nampak kerjaya

2 tahun yang lalu
Baru kenal dunia

Tapi tak pasti tahun bila cinta semai dalam diri
Pada hawa bukan mahram

Hari ini
Genap 24 tahun
Tak menyesal hidup
Terima kasih mak ayah
Kerana bercinta
Dan lahirkan saya seorang yang Muslim

Dah
Aku nak beli bateri untuk lampu suluh
Tengah gelap ni
Semoga ada cahaya di hujung terowong sana.