27 April, 2016

Tanda-tanya (copypaste)

"Perempuan-ku yang baik, kutiplah seberapa banyak waktu hingga terhapus tanda tanya pada apa yang kau mahu. Aku letakkan kau sebagai keputusan, sedang aku jadi ke-entah-an."

Gagak Hitam

Gagak hitam
Tunjukkan aku di mana bangkai itu
Ku bau semerbak hapak dari selatan
Menjejeh hingga ke utara

Gagak hitam
Tunjukkanlah
Bisa saja aku jirus dengan air mengelegak
Agar terhapus pencemaran ini

Gagak hitam
Pandu aku ke bangkai itu
Dengan tangan kosong ini ku bawa bersama
Dengan akal yang tajam
Ku tikam dari terus merebak ke timur dan barat.

25 April, 2016

Malaysia

Merah biru putih kuning
Lebih baik aku di merah biru putih
Apalah guna kuning
Kalau biru semakin pudar
Dek ganasnya merah
Terlampau mencorakkan putih.

24 April, 2016

Kejar

Surga
Teman hidup
Lautan gandum

Semua aku kejar
Tapi ada yang mengejar ku dari belakang
Masa dan maut.






20 April, 2016

Berkebun

Setengah jam bersama buluh,
Setengah jam berpeluh.




16 April, 2016

Maaf


Aku boleh memilih jadi manusia yang paling kau tak boleh maafkan kat daratan dan lautan.

Tapi aku lebih memilih jadi manusia yang sentiasa meminta maaf pada Tuhan.






14 April, 2016

Tersenyum

Walau tak lama bahagia ini
Akan ku nikmati sepuasnya

Sampai masa aku berduka
Akan ku titip dalam ingatan
Mengingati
Kau pernah buat aku tersenyum
Sambil tersenyum.







23 March, 2016

Pergi. Tunggu

Kalau kau benar mahu aku pergi
Aku akan pergi
Tapi izinkan aku menunggu sebentar
Menunggu hati ini ikut serta pergi bersama ku

22 March, 2016

Dek

Kau cakap
Masa aku susah
Aku cari kau
Masa aku senang
Aku buat dek

Ya
Aku cari kau masa susah
Aku buat dek masa senang
Sebab
Masa aku cari kau
Itu jam kau buat dek
Aku ke yang salah?

06 March, 2016

Tak Serik

Yang menjadi masalahnya
Aku tak pernah serik
Cuba curi hati kau

Tapi bila tak berjaya
Sendiri sakit hati
Tapi cuba lagi

Aku tak pernah serik
Itu yang menjadi masalahnya

04 January, 2016

Cerpen: Pinggan Hangus

Seingat aku masa tu aku darjah 2. Sebab masa tu buat sekian kalinya aku kena sekolah petang selepas setahun sekolah pagi sebagai pelajar darjah satu.

Aku balik dari sekolah pukul 6.30 petang. Tak mandi, terus tukar baju dan tidur. Ya. Aku terus tidur sampai Isyak.

Aku terjaga, lapar. Mak ayah adik semua di ruang tamu melayan televisyen. Bilik aku betul-betul dekat dapur. Kalau keluar bilik terus nampak dapur.

Aku rasa nak makan megi. Bangun tidur tu dengan lemau dan pitam akibat tidur masa Maghrib, aku terus ambil megi sebungkus. Aku ambil periuk letak atas dapur. Kebiasaannya seperti kau orang tahu, nak masak megi, kena isi air dulu dalam periuk tu baru letak atas dapur dan nyalakan api, kan? Tapi aku sasau masa tu. Tak tahu apa aku fikir. Aku terus letak periuk kosong tu atas dapur dan nyalakan api.

Sementara aku biarkan periuk tu panas, aku buka bungkusan megi dan nak letak atas pinggan. Tapi aku hairan, mana pinggan aku ambil tadi. Aku rasa aku ada ambil pinggan tadi sekali dengan periuk. Tiba-tiba aku bau hangus. Aku usha dapur.

Rupa-rupanya yang aku panaskan atas dapur tu bukan periuk, tapi pinggan! Pinggan tu dah terbakar hangus. Dah berlubang. Cepat-cepat aku tutup api.

Mereka yang kat ruang tamu tu aku tak tahu dia orang bau ke tak pinggan hangus tu. Aku dah cuak. Aku fikir nak buang je pinggan tu. Tapi masa kecil dulu aku tak pandai menipu. Aku gagahkan diri pergi ruang tamu. Aku cuit mak aku. Aku suruh dia ikut aku ke dapur. Dia ikut. Sampai dapur, aku tunjuk ke dia arah pinggan hangus yang ada kat atas dapur tu. Aku punya cuak bukan kepalang masa tu.

Mak aku angkat pinggan tu depan muka dia. Dia usha aku melalui lubang pinggan hangus tu. Aku betul dah cuak. Mak aku kalau marah, bingit satu rumah. Lepas dia usha aku tu, dia gelak.

Lepas gelak mak aku bawa pinggan tu tunjuk kat semua orang kat ruang tamu tu. Adik aku gelak terbahak. Ayah aku berbahasa isyarat "mabuk ke apa?". Mak aku suruh aku cuci muka bagi segar. Lepas tu dia cakap kat aku bahasa isyarat sambil senyum "takpelah. Biar mak yang masakkan."