16 May, 2011

PENDIDIK ANAK-ANAK

entah berapa banyak
sedikit pun tak luak
tak pernah kenal penat bergasak
mendidik anak-anak
yang kadang kala seperti kanak-kanak
jika orang lain, mungkin senak

melembikkan sikap kami yang tak ubah seperti kerak
tak terkeluar sedikit pun perkataan taknak
dari bicara mu yang lunak
seharum bunga semerbak

kau tak pernah membentak
hati kau tak pernah retak
saat mengasah otak,otak, dan otak
hingga suara kau serak

kau tak seperti awan yang berarak
yang putus asa bila tersentak
kepala kami yang patutnya dihentak
kau tenang mendidik tanpa perlu bertekak

tugas kau bukan sebabak
aku pilu dan sebak
mengenangkan kau yang tak tamak
ikhlas mendidik anak-anak

13 May, 2011

BUAT DIRI MU

hati yang berbunga
magnet tangan ini
menarik sebatang pen
yang hakikatnya bukan besi
juga bukan keluli
melahirkan tulisan cinta ini

jarum panjang dan halus pada jam
melangkah setapak demi setapak
tak sama lajunya degupan jantung ini
saat bersama mu

debu-debu dan pasir halus
menyelinap tanpa ucap assaalmualaikum
ke dalam mata jernih ini
tak bisa membuat ia berkelip
dan menghalang ku
dari memandang mu

perut menangis meraung
aku paksa diri memujuknya
pujukan aku hambar
pinggan menjadi saksi
kerana aku hanya mementingkan otak
untuk sentiasa mengingati dan memikirkan mu

bantal memanggil-manggil nama ku
aku tak dengar, aku tak peka
sedangkan bulan dah lama menjengah
sedar bumi ada siang dan malam
tapi lena ku dicuri oleh mu, sayang
aku gila bayang
merindui mu


09 May, 2011

DIARI SEKETIKA CUMA

turun dari bukit
lari dari kekosongan jiwa
jiwa yang kosong ini
ku melangkah deras
memancung angin yang mencarut sanyup
ku lihat banyak tak diisi
hanya beberapa dan hanya cebisan
peti yang dipandu isinya kesejukan
mencubit kulit
mujur aku manusia
yang punya dua darah
dan kain kulit yang dimiliki
menjadi perisai
bikin aku bertambah tabah

dah sampai, hampa
berjalan perlahan aku ke hujung
kertas pakai buang menjadi peneman
ada gudang dihadapan
penuh khalifah
masing-masing punya lagak dan ragam
aku ke sudut di mana tidak bertuan sementara
lipat tiga aku
melahirkan bait ini

* nukilan ini dihasilkan ketika aku sedang menunggu. aku tak kisah menunggu. tapi bila satu jam menunggu, korang tau la kan.

TAKNAK MENCURI

merintih hati ini
memanjat doa
kepada maha pencipta
agar hati yang digari ini
ada kuncinya yang mustahil
supaya bebas dari mencintai dia

mustahil semuanya
lidah membeku
menanti sumbu kepanasan benci
itu sahaja caranya
agar aku bisa lepaskan
segala keperihan hati kalbu

sangat manis
melihatnya, memandangnya
tapi bukan hak untuk mencuri
aku mahu curi itu
tidak..
curi satu perbuatan dilaknat, dikeji
tidak mahu dilaknat
tidak mahu dikeji
baik..
aku lari

* puisi ini terhasil bila sorang kawan aku ni bercerita yang dia tertarik pada awek orang. kesian dia.