13 May, 2011

BUAT DIRI MU

hati yang berbunga
magnet tangan ini
menarik sebatang pen
yang hakikatnya bukan besi
juga bukan keluli
melahirkan tulisan cinta ini

jarum panjang dan halus pada jam
melangkah setapak demi setapak
tak sama lajunya degupan jantung ini
saat bersama mu

debu-debu dan pasir halus
menyelinap tanpa ucap assaalmualaikum
ke dalam mata jernih ini
tak bisa membuat ia berkelip
dan menghalang ku
dari memandang mu

perut menangis meraung
aku paksa diri memujuknya
pujukan aku hambar
pinggan menjadi saksi
kerana aku hanya mementingkan otak
untuk sentiasa mengingati dan memikirkan mu

bantal memanggil-manggil nama ku
aku tak dengar, aku tak peka
sedangkan bulan dah lama menjengah
sedar bumi ada siang dan malam
tapi lena ku dicuri oleh mu, sayang
aku gila bayang
merindui mu


0 comments:

Post a Comment