09 September, 2014

Mahu

Siapa tidak mahu kahwin.
Aku juga mahu jari bercincin.
Meniduri sewenangnya.
Makan pakaian terjaga.
Jaga solat bersama.
Sekurangnya punya anak dua.

Tapi.
Aku sendiri tidak pasti.
Suami yang macam mana aku nanti.
Terkadang aku rasa.
Diri ini tak layak untuk siapa-siapa.

Percayalah.
Dengan kau aku ingin nikah.
Tapi aku tak punya apa.
Kau akan jadi anak dara tua.
Jika kau sudi tunggu berpurnama.

Aku mengerti.
Kau belum nampak lagi.
Dan kau sendiri belum sedia.
Minta perkenan orang tua.
Masa depan aku masih malap.
Aku tak mahu masa depan kau gelap.

Jika terpaksa.
Aku rela...

01 August, 2014

Bagi Makan.

Cinta itu hanya sebuah perasaan.
Dengan cinta, tak boleh bagi anak dara makan.
Jika benar begitu kiranya.
Dia
Atau siapa saja.
Tidak pantas untuk aku punya.

Aku hanya punya perasaan.
Hanya cinta boleh ku berikan.
Tapi.
Tak pula aku relakan.
Dia mati kelaparan.

25 July, 2014

Aku Mabuk Nama?

Karangan dibelah-belah.
Itu pun sudah jadi satu puisi indah.
Aku kurang faham.
Semahal mana harga sebuah ilham?
Faktor dakwat kering mungkin.
Atau idea sudah masuk angin?

Jika tulisan ini dua kali lima.
Mungkin saja aku sudah terleka.
Sudah mabuk nama.

Balas

Hai awak.
Dah berak?
Saja tanya soalan bukan-bukan.
Tak ada niat pun nak cebokkan.
Soalan merapu saya bagi kadang.
Apa pun jawapan awak, senyum terlekang.
Jawapan awak ikhlas.
Kerana soalan tu tiada kias.
Namun awak sudi membalas.
Seperti mana cinta saya awak balas.

23 July, 2014

Pagi Yang Layu

Matahari belum jengah.
Ibu masuk bilik sergah.
Dalam bilik air termenung atas jamban.
Konon tengah fikir masa depan.
Walhal sejuk baru celup tangan.
Kat dapur ibu dah macam sasau.
Mahu atau tidak, mandi kerbau.
Berat kaki nak sarung seluar biru.
Berat bontot nak duduk kerusi kayu.
Pagi yang layu.
Rindu.
Kerana rasa diri ini tak pernah cukup ilmu.

22 July, 2014

Sampah Suci

Berkasih-kasihan hingga lewat malam.
Sampai ke bantal dan tilam.
Jantan enak buang dalam.
Si perempuan gusar dalam diam.

Tiga bulan baru sedar ada tetamu.
Mula gelisah dan buntu.
Hendak diminta jatuhkan sahaja.
Tiba-tiba hebat bicara tentang dosa.

Sembilan bulan dah berlalu.
Orang tuanya tidak sedar dah bercucu.
Si polan dah takut dan malu.
Si polan lagi dah mula taknak mengaku.

Tak ada tempat bergantung.
Sendiri dah pun jadi susu gantung.
Tak sanggup nak tunjuk pekung.
Kain putih itu mereka tak sanggup tanggung.

Awalnya berani buang dalam.
Kini berani buang diam-diam.
Tempat kotor dan jijik dalam fikiran.
Kini nekad bagai tiada pilihan.

Yang lahir itu anak tak berdosa.
Bukan sampah sarap tersisa.

Manusia.
Sedap sekarang, kemudian sia-sia.

Bayi itu jumpa Tuhan tanpa secebis dosa.
Mereka takut Tuhan dan terus berdosa.

21 July, 2014

Kejar Masa

Dunia yang semakin maju ke depan.
Banyak rintangan kita harus berdepan.
Banyak hal yang harus dibereskan.
Supaya dengan orang lain kita nampak seiringan.

Kita tak sedar.
Yang kita tahu, masa itu untuk dikejar.
Kita perlu pantas dalam segala hal.
Kalau tertinggal, orang panggil bebal.

Tak sedarkah kita?
Orang cakap ajal menanti kita.
Silap. Ajal tak pernah tunggu kita.
Selama ini, kita yang mengejar ajal.
Siapa mahu mati awal.
Tapi kerana kita tidak mahu dipanggil bebal.
Semakin dekat kita dengan ajal.
Dan Dajal.

17 July, 2014

Kenduri Kahwin Jane

Nikmat
Kita bersama-sama bermain dengan flora
Tiba-tiba kita petah
Kau punya cerita
Aku juga punya cerita
Sedang diam masih ketawa
Senyum sentiasa lekat di muka
Mata seperti menahan tidur
Hakikatnya kita sangat cergas tika itu
Kita saling menghidang
Kadang-kadang main secubit
Kadang-kadang main segulung

Bukan menagih
Cuma rindu
Aku rindu saat itu
Rindu hingga termimpi-mimpi
Terbang dalam mimpi
Tak sama seronoknya
Terbang dalam realiti

Sudah pukul 4.20 pagi
Biarkan aku terus mengenang
Kenangan kita bersama-sama
Sedang mabuk tumbuhan

Sembang

Layanan kau terhadap aku cukup molek.
Bagai menatang minyak yang penuh tak pernah tergolek.
Aku nampak kasih sayang kau curahkan.
Seperti air paip percuma setiap bulan.
Tak akan dahaga dan haus.
Sentiasa basah dan tak akan tandus.

Ada tangan lain yang menadah.
Kau macam Aiman yang sentiasa tak kisah.
Aku perhati gelagat kau dan dia.
Hari-hari berkasih keluar berdua.

Kau minta aku berhenti mata keranjang.
Berhenti layan gadis-gadis, buang hidung belang.

Sebulan kau suruh aku tunggu.
Aku angkat ibu jari tanda setuju.
Tapi jangan kata sebulan.
Sehari pun belum tentu aku tahan.
Melihat kau bersama dia mesra.
Aku di sini macam tukang pam minyak hari-hari minta kad Mesra.

12 July, 2014

Yahudi

Mereka cipta alasan
Kita punya alasan
Mereka pasti terima balasan
Kita menunggu balasan
Mereka menyambut syaitan
Kita ikut telunjuk syaitan

Mereka membunuh
Kita pembunuh

Apa beza mereka dengan kita?

Mereka lahanat
Kita hanya melihat

Tak jauh beza
Kita hanya atas nama agama










28 June, 2014

Ramadhonnnnnn

Bulan Ramadhan datang lagi.
Semua orang dah mula bernyanyi.
"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna"
Dah 23 tahun sambut, masih tak bermakna.
Mana nak cari makna tu?
Jangan kata aku, ayah aku pun tak tahu.
Kau orang puasa sajalah.
Amalan tu diterima atau tidak, itu kuasa Allah.
Kalau lapar dan dahaga, itu biasa.
Macamlah kau orang tak pernah ikat perut sebab nak beli tamiya.
Orang tua cakap hantu syaitan kena ikat ini jam.
Tapi nafsu sentiasa buka macam 7E 24 jam.
Selamat berpuasa rakan-rakan sahabat sedara mara.
Jangan lupa sedekah Al-fatihah pada yang tiada.
Maafkan diri ini andai ada silap dan terlanjur kata.

31 May, 2014

Muflis

Tak ada apa nak dikatakan lagi
Tak ada apa nak dipersembahkan lagi
Tak ada apa nak dijagakan lagi hati ini

30 May, 2014

Makin

Makin difikirkan
Makin seperti mahu menjunam ke dalam tanah
Kepala ini

Makin dibiarkan
Makin seperti mahu tergantung
Leher ini

29 May, 2014

Semakin Hari

Semakin hari
Semakin aku tak jadi diri sendiri

Semakin hari
Semakin aku menipu diri sendiri

21 May, 2014

Melankolik

Dari angka ke angka
Jarum itu berpusing
Masih tak disogok sebarang suapan
Terkulai di birai katil
Bantal sedari tadi tak pernah kering.
Selagi mahu manis
Selagi itu ada gula
:)

15 April, 2014

Main Belakang

Kalau betul datang seribu
Buat apa aku nak heran hilang satu
Tapi bila satu demi satu hilang
Mungkin aku kena pandang belakang
Sah, Pisau dah banyak
Pantang tunjuk kepala, dipijak
Kalau aku dikatakan suka cipta musuh
Datang hadap aku bawa bukti kukuh
Kalau aku suka main belakang
Kau pusing belakang hadap aku, keluar kau punya gebang
Kalau aku langgar adab berkawan
Bak datang kau punya peradaban
Kalau cukup bukti dan fakta
Jumpa aku, buka kitab kaki auta
Aku belum buka mulut, kau dah kekenyangan
Kau yang kenyang, aku kau tuduh kawan makan kawan.



20 February, 2014

Bahu

Jika bahu ini
Kau tak dambakan
Untuk kau sandar
Akan aku pimpin kau
Ke bahu yang sepatutnya
Dan melihat kau senyum

Kerana
Dahulu
Aku pernah melihat
Kau tersenyum
Ketika bersandar pada bahu
Yang pernah kau puja

Dan waktu itu
Pernah aku dambakan
Itu bahu aku

Sekali lagi
Akan aku dambakan
Setiap masa
Dalam senyum kelat



Lelaki Pengecut

Penat
Tak berhenti aku berlari

Benci
Pada diri sendiri
Hakikatnya pada bayang sendiri

Kelakian
Tak putus dicabar

Bosan
Dengan sikap sendiri

Aku ingin lari
Sejauh mungkin
Dari celaka ini

Andai aku puas berlari
Jangan tanya kenapa
Aku diam
Dan biarkan ia berlaku

Kerana
Aku lelaki pengecut

07 February, 2014

Manusia

Manusia. Paling mudah lupa diri. Sebab hanya manusia mampu berdiri. Sebab, manusia ada dua kaki. Ok merepek.