25 July, 2014

Aku Mabuk Nama?

Karangan dibelah-belah.
Itu pun sudah jadi satu puisi indah.
Aku kurang faham.
Semahal mana harga sebuah ilham?
Faktor dakwat kering mungkin.
Atau idea sudah masuk angin?

Jika tulisan ini dua kali lima.
Mungkin saja aku sudah terleka.
Sudah mabuk nama.

Balas

Hai awak.
Dah berak?
Saja tanya soalan bukan-bukan.
Tak ada niat pun nak cebokkan.
Soalan merapu saya bagi kadang.
Apa pun jawapan awak, senyum terlekang.
Jawapan awak ikhlas.
Kerana soalan tu tiada kias.
Namun awak sudi membalas.
Seperti mana cinta saya awak balas.

23 July, 2014

Pagi Yang Layu

Matahari belum jengah.
Ibu masuk bilik sergah.
Dalam bilik air termenung atas jamban.
Konon tengah fikir masa depan.
Walhal sejuk baru celup tangan.
Kat dapur ibu dah macam sasau.
Mahu atau tidak, mandi kerbau.
Berat kaki nak sarung seluar biru.
Berat bontot nak duduk kerusi kayu.
Pagi yang layu.
Rindu.
Kerana rasa diri ini tak pernah cukup ilmu.

22 July, 2014

Sampah Suci

Berkasih-kasihan hingga lewat malam.
Sampai ke bantal dan tilam.
Jantan enak buang dalam.
Si perempuan gusar dalam diam.

Tiga bulan baru sedar ada tetamu.
Mula gelisah dan buntu.
Hendak diminta jatuhkan sahaja.
Tiba-tiba hebat bicara tentang dosa.

Sembilan bulan dah berlalu.
Orang tuanya tidak sedar dah bercucu.
Si polan dah takut dan malu.
Si polan lagi dah mula taknak mengaku.

Tak ada tempat bergantung.
Sendiri dah pun jadi susu gantung.
Tak sanggup nak tunjuk pekung.
Kain putih itu mereka tak sanggup tanggung.

Awalnya berani buang dalam.
Kini berani buang diam-diam.
Tempat kotor dan jijik dalam fikiran.
Kini nekad bagai tiada pilihan.

Yang lahir itu anak tak berdosa.
Bukan sampah sarap tersisa.

Manusia.
Sedap sekarang, kemudian sia-sia.

Bayi itu jumpa Tuhan tanpa secebis dosa.
Mereka takut Tuhan dan terus berdosa.

21 July, 2014

Kejar Masa

Dunia yang semakin maju ke depan.
Banyak rintangan kita harus berdepan.
Banyak hal yang harus dibereskan.
Supaya dengan orang lain kita nampak seiringan.

Kita tak sedar.
Yang kita tahu, masa itu untuk dikejar.
Kita perlu pantas dalam segala hal.
Kalau tertinggal, orang panggil bebal.

Tak sedarkah kita?
Orang cakap ajal menanti kita.
Silap. Ajal tak pernah tunggu kita.
Selama ini, kita yang mengejar ajal.
Siapa mahu mati awal.
Tapi kerana kita tidak mahu dipanggil bebal.
Semakin dekat kita dengan ajal.
Dan Dajal.

17 July, 2014

Kenduri Kahwin Jane

Nikmat
Kita bersama-sama bermain dengan flora
Tiba-tiba kita petah
Kau punya cerita
Aku juga punya cerita
Sedang diam masih ketawa
Senyum sentiasa lekat di muka
Mata seperti menahan tidur
Hakikatnya kita sangat cergas tika itu
Kita saling menghidang
Kadang-kadang main secubit
Kadang-kadang main segulung

Bukan menagih
Cuma rindu
Aku rindu saat itu
Rindu hingga termimpi-mimpi
Terbang dalam mimpi
Tak sama seronoknya
Terbang dalam realiti

Sudah pukul 4.20 pagi
Biarkan aku terus mengenang
Kenangan kita bersama-sama
Sedang mabuk tumbuhan

Sembang

Layanan kau terhadap aku cukup molek.
Bagai menatang minyak yang penuh tak pernah tergolek.
Aku nampak kasih sayang kau curahkan.
Seperti air paip percuma setiap bulan.
Tak akan dahaga dan haus.
Sentiasa basah dan tak akan tandus.

Ada tangan lain yang menadah.
Kau macam Aiman yang sentiasa tak kisah.
Aku perhati gelagat kau dan dia.
Hari-hari berkasih keluar berdua.

Kau minta aku berhenti mata keranjang.
Berhenti layan gadis-gadis, buang hidung belang.

Sebulan kau suruh aku tunggu.
Aku angkat ibu jari tanda setuju.
Tapi jangan kata sebulan.
Sehari pun belum tentu aku tahan.
Melihat kau bersama dia mesra.
Aku di sini macam tukang pam minyak hari-hari minta kad Mesra.

12 July, 2014

Yahudi

Mereka cipta alasan
Kita punya alasan
Mereka pasti terima balasan
Kita menunggu balasan
Mereka menyambut syaitan
Kita ikut telunjuk syaitan

Mereka membunuh
Kita pembunuh

Apa beza mereka dengan kita?

Mereka lahanat
Kita hanya melihat

Tak jauh beza
Kita hanya atas nama agama